Cuti umum di Singapura
04.02.10 (9:01 am) [edit]Hari cuti umum di Singapura bukan lagi hari untuk berehat dari kerja!
Mana ada hari cuti rehat di Singapura!?
Yang ada ialah ...hari-hari mesti cari duit buat membayar bill kehidupan!
Hari-hari adalah hari yang memaksa kita untuk mesti berfikir bagaimana bolih menambahkan pendapatan buat membayar bill hospital ketika sakit terlantar di hospital!
Itu adalah hari-hari di Singapura! Hari-hari hidup di Singapura sebagai rakyat Singapura!
Selamat tahun baru 2010
12.25.09 (9:15 pm) [edit]Selamat tahun baru 2010 kepada semua
DAN...
Usia semakin bertambah
Suka dan duka pengalaman hidup
Sebuah fatamorgana
Adalah itu satu pencarian
seribu persoalan
Atau..? ianya
Hanya sebuah mimpi?!
Argghhhhh...
Cerpen Hidup DiSingapura.
03.11.05 (5:54 am) [edit]Barangkali ada yang terfikir...
Adakah tulisan yang ku tulis ini sebuah cerpen? Atau sebuah journal?
Entahlah...
Apa pun yang mereka kata, tidak sedikit pun dapat mengubah apa-apa.
Sebuah cerpen..?
Sekuntum puisi...?
Sebuah journal...?
Seribu orang...seribu tanggapan.
Apa yang penting ialah terus menulis.
Biarlah pena ini berlari terus untuk merakamkan segala ingatan yang ada dibenak fikiran ini.
Ingatan tentang kehidupan ku di Singapura.
Ingatan tentang kesah hidup kawan2 ku dan ahli keluarga ku.
Tentang keretakan rumah-tangga.
Tentang tidak kesampaian segala cita-cita.
Tentang anak2 yang sudah berubah menjadi bertambah liar dan tidak dapat diduga.
Tentang harapan seorang ibu yang ingin melihat rukun damai anak beranak hidup serumpun berkumpul berkeluarga.
Tentang lemah dan pudarnya semangat pahlawan dan serikandi agama.
Tentang pupusnya selera terhadap budaya sendiri.
Dan...seribu kesah mata memandang.
Memang hidup diSingapura penuh cabaran dan pengaruh yang berbagai2.
Seribu perlombaan kearah kejayaan dan kemajuan.
Siapa cepat dia dapat!
Siapa lambat dia rugi!
Aku melihatkan itu semua dengan satu pandangan yang sayu penuh tanda tanya.
Apakah nasib budaya agama ku?
Apakah nasib bangsa ku?
Apakah nasib anak2 ku?....
Adakah ini semua satu sandiwara..?
Entahlah....!
Yang pastinya, aku akan tetap terus menulis.
Selagi kemampuan, semangat dan hayat ini maseh ada...
PUISI Terbaik SILAM - PROSA
01.16.05 (3:43 am) [edit]Ketika ini aku teringat...
Teringatkan tentang kesah2 hidupku yang ku lalui bersama-sama sahabat2ku dan juga ahli keluargaku. Terlalu banyak sekali peristiwa2 yang tidak dapat ku lupakan ketika bersama2 dengan mereka. Ada yang lucu, sedih, geram dan berbagai2 lagi. Terlalu manis untuk dilupakan! Itulah yang telah menjadikan dan mewarnakan perjalanan hidupku selama ini.
Tanpa mereka semua... aku tentu dapat bayangkan... betapa sepinya hidup ini. Aku baru mengerti, bahawa selama ini.... mereka2 semua telah memainkan peranan yang penting dalam mendorong diri ku kearah lebeh dewasa.... walaupun tanpa mereka sedari!
Tentu sekali... menulis kesah mereka... akan memakan masa yang amat panjang.... episod demi episod.... kesah demi kesah.... kejadian demi kejadian!
Aaaaaahh... itu tidak mengapa... asalkan diri ini merasa puas kerana dapat merenung kembali sejarah yang silam..... sejarah ketika bersama yang begitu manis... yang begitu menyentuh hati dan perasaan... sejarah dan kesah yang dilalui bersama didalam hidup ini yang dalam senyap2 ... mencari dan mengharapkan kedamaian dan keindahan.
Wahai keluarga ku yang aku junjung hurmat!
Bapaku, emakku, adik2ku... udin..ipin..yan..ipah..lamah..ilah..leha..
Dengarkanlah suara hati ini...
Aku seolah2 ingin menjerit sekuat2 hatiku... bahawa kamu semua adalah ... butir2 pancaran cahaya.... mata dan hati ini !!!
Wahai sahabat2 dan kawan2ku...
Yang hanya segelintir sahaja nama2 yang dapat ku sebutkan disini, kerana lemah rasanya hati dan jejari ini untuk melukis... yang setiap kali nama2 itu disebut... ia akan membawa diri ini kepada kesah silam yamg begitu manis lagi indah!
Wahai!... Misman, acob, zam-zam, ishak, rasman, amat, talip, Jali, ......
Bukankah kita pernah bersama2 pada sedikit masa dahulu?....
Kita pernah bersama2... meniti jembatan emas dalam mencari satu kedamaian dan keindahan?.... Tentu sekali kita tidak akan dapat melupakan kenangan2 manis itu!.... Aku amat kagum dengan kamu semua!... dan kerana itu... aku maseh tunduk dengan hati yang penuh yakin bahawa kamu semua maseh ada mempunyai sekeping hati yang maseh murni!.... Walaupun... aku dapat mengerti... hidup ini penuh dengan ranjau dan duri!
Percayalah saudara2ku... satu hari nanti kita semua akan kembali semula untuk meniti... pelangi yang berwarna-warni... dalam uasha bersama2... buat mencapai satu kedamaian!
Pembela Agama
01.07.05 (9:36 am) [edit]Semenjak kebelakangan ini.. Terlalu banyak berita2 tentang kematian manusia2 akibat ribut taufan yang melanda beberapa negara Asia. Ramai yang merasa sedeh diatas kejadian tersebut. Berbagai2 pihak antarabangsa cuba menghulurkan bantuan.
Aku tersentuh dan cuba merenungkan sesuatu disebalik kejadian tersebut.
Hari bencana alam itu adalah hari kematian mereka!
Bilakah pula akan tiba hari kematian ku?
Bilakah pula akan tiba hari kematian saudara2 dan kawan2 ku?
Bilakah pula akan tiba hari kematian ahli keluarga kesayangan ku?
Apakah perkara atau tajuk kematian tidak perlu difikirkan?
Kenapa selama ini.. ramai yang ku kenali .. tidak begitu berminat atau cuba mengelak diri apabila tajuk 'mati' diperbualkan? Kenapa begitu ramai sekali orang2 di Singapura yang ku kenali.. cuba mengelak diri.. apabila tajuk 'mati' diperkatakan? Padahal.. kematian itu adalah sesuatu yang pasti!... yang akan tiba kepada sesiapa pun yang maseh hidup!
Aku cuba memikirkan hal tersebut...
Aku terfikirkan diri ku sendiri...
Adakah aku takut mati?
Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi kematian?
Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhan ku?
Apakah persediaan yang telah aku lakukan didalam hidup ku selama ini?
Apakah rahasia hidup dan rahsia menghadapi kematian?
Jiwa yang bagaimanakah yang telah puas hidup dan cukup bersedia menghadapi kematian?
Aku merenung lagi...
Ramai yang berugama dan percaya kepada Tuhan....... tetapi..
Adakah mereka hidup selama ini... sebenar2nya hidup untuk membela agama mereka?
Ramai yang cuba menjadi orang baik, melakukan ibadah dan beramal soleh...... tetapi..
Adakah selama ini mereka hidup dengan sebenar2nya berjiwa dan bersemangat membela agama dan Tuhannya didalam kehidupan mereka?
Apakah dengan meneruskan kehidupan tanpa mempunyai semangat dan jiwa untuk membela agama sendiri itu adalah satu kebahagian dan kepuasan? Adakah dengan mempunyai pemikiran dan sikap begitu... kita boleh menghadapi 'kematian' dengan rasa puas hidup dan cukup rela untuk menemui Tuhan kita?
Aku merenung dengan lebeh dalam lagi......
Soalan sebeginilah yang selama ini selalu bermain2 didalam benak pemikiran ku!
Aku sudah mempunyai satu tekad!
Aku tidak akan membiarkan diri ku ini hidup... tanpa mempunyai sikap dan semangat membela agama ku!
Aku semakin sedar......
Aku akan membela agama ku dengan cara menulis! Aku akan berusaha membangkitkan semangat saudara2 ku dan ahli keluarga ku supaya mereka mempunyai semangat hidup untuk membela agama mereka sendiri sepanjang hayat. Aku akan pupuk semangat sebegitu supaya tertanam didalam jiwa raga mereka.
Supaya mereka hidup sebagai seorang manusia yang berjiwa berani membela agama!
Supaya mereka tidak hidup dengan sia-sia sahaja!
Supaya mereka merasa puas hidup lagi bererti didalam mengharungi kehidupan mereka!
Supaya mereka tua dan mati didalam keadaan puas berjiwa berani kerana hidup membela agama mereka sendiri!
Aku termenung panjang sambil tersenyum.......
Semangat Menulis
12.11.04 (4:22 am) [edit]Menulis itu adalah satu kerja seni. Kita akan berfikir dan meluahkan sedikit rasa ketika menulis.
Pernah seorang kawanku berkata... tulisan seseorang itu sedikit sebanyak akan mewarnakan watak dan pemikiran si penulis itu sendiri.
Ketika dia berkata begitu... ada sedikit kawan2 baru yang baharu mahu mencuba2 menulis mulai merasa gusar.
Sambil tersenyum... aku cuba memberi mereka perangsang. - Awak orang jangan takut. Kalau mahu menulis... kita mesti berani. Biarkan orang lain cuba meneka siapa kita? Bukankah itu akan membuat suasana dunia penulisan dan penulis bertambah menarik?
Aaaahhh..... Itu semua adalah satu kenangan silam yang telah lama berlalu..... Kenangan semasa aku berada di sudut penulis perpustakaan Toa Payoh..... bergiat didalam bidang penulisan kreatif dan sastera melayu .....
Masa berlalu begitu pantas.....
Teringatkan kesah yang lama itu... membuatkan aku bertambah bersemangat. Timbul kembali keinginan dan semangat menulis didalam diri ini. Kadang2 fikiran ini terlalu penuh dan tidak teratur disebabkan banyak sangat yang ingin ku tulis! Ingin ku luahkan segala pengalaman hidup ku. Ingin ku tuliskan segala pengalaman suka dan duka diri ini didalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar ini!.... yang kadang2 menang dan kadang2 kalah!
Barangkali... ada yang suka dan ada yang kurang bersetuju dengan tulisan ku ini. Bukankah itu adalah sesuatu yang lumrah didalam dunia penulisan?.....
Adat hidup didunia, banyak orang banyak ragam. Itulah keindahan warna kehidupan! .......
Seru Bangsa Kita Menulis
11.30.04 (7:30 am) [edit] Kadang2 aku tersenyum dan terpegun sendiri ketika membaca berbagai2 tulisan yang ada didalam ruang blog percuma yang begitu banyak sekali terdapat dimaya web ini.
Berbagai2 keluhan.. luahan.. pendapat.. nasihat.. pengalaman hidup.. telah dapat ku baca hasil lelah-payah daya fikir dari penulis2 yang menulis diblog masing2.
Aku amat kagum dengan semangat dan kemahuan mereka2... yang telah sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk menulis!
Aku merasa bangga terhadap mereka!
Aku terfikirkan sesuatu....
Alangkah indahnya... kalau semua orang melayu turut serta mengambil bahagian untuk menulis!
Alangkah bagusnya... kalau ramai orang melayu yang turun kepadang blog mengasah bakat menulis! Tentu sekali aku akan dapat melihat lebeh banyak pendapat dan luahan hati dari manusia2... bangsa ku sendiri. Aku yakin... tentu banyak sekali yang ingin mereka curahkan didalam alam penulisan dimaya blog ini.
Bayangkanlah...
Kalau ramai orang melayu bangsa ku sendiri... sudah mula berani meluahkan pendapat masing2? Sudah mula berani dan jujur memerah akal untuk berfikir buat menulis? Sudah mula berani berdakwah menyampaikan berita yang baik2 untuk kebaikkan sekelian umat manusia?
Alangkah manisnya melihat...
Tulisan2 dari tangan bangsaku sendiri... yang menulis didalam blog dalam berbagai2 bidang dan tajuk! Dalam berbagai2 gaya dan corak. Dalam berbagai luahan hati dan pendapat!
Hasilnya....tentu....
Akan bertambah bijaklah daya fikir bangsaku... akan bertambah luaslah skop horizon pandangan mereka... akan pudarlah rasa ragu2 dari dalam diri mereka secara perlahan2... akan timbullah daya yakin didalam diri mereka... akan bertambahlah hubungan diantara satu sama lain... akan runtuh dan hilanglah perangai suka memencil diri dan sembunyikan diri... akan timbul lah jiwa2 patriot... timbullah semangat2 berani... timbullah bintang2 gemilang... timbullah sinar harapan!
Menulis itu satu amal... menulis itu satu dakwah... menulis itu satu luahan... menulis itu satu experasi... menulis itu satu kreativiti... menulis itu satu aktiviti yang sihat... menulis itu satu keindahan dan seni... menulis itu mudah... menulis diblog percuma adalah sesuatu yang bebas!
Marilah bangsaku...
kita ajak anak2 kita menulis... kita ajak kawan2 kita menulis... kita ajak orang2 yang sedang bingung menulis... kita ajak orang2 yang sedang susah dan miskin menulis... kita ajak orang2 yang sedang rajin berusaha untuk berjaya didalam hidup supaya menulis... kita ajak orang2 yang sudah ternama supaya menulis... kita ajak .....kita ajak.. kita pelawa...
Supaya... hidup ini ada jua yang sudi mendengar dan membaca tentang kesah mereka... supaya ada juga yang sudi bersimpati dan mengerti... supaya terlindung mereka dari kerja2 yang tidak berguna dan sia2... supaya dapat mereka meluahkan isi dada mereka... daripada terpendam dan tersimpul beku didalam urat darah mereka!
Aku terus tersenyum sendiri.
Dan... aku maseh menanti saat itu.....
Bulan berkawan
11.18.04 (7:49 pm) [edit]& nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p; Masa bersalam-salaman dan berkawan.
Beberapa hari ini aku telampau sibuk.
Sibuk kerana melayan tetamu yang berkunjung kerumah ku. Aku melihat ramai umat islam merayakan hari raya... berjalan kesana dan kesini ... menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai masing2. Aku juga tidak terlepas daripada keadaan tersebut.
Sudah menjadi kebiasaan... tahun demi tahun... ziarah-menziarah, salam- bersalam, maaf-bermaafan telah pun menjadi satu perkara yang lazim dan mesti dilakukan didalam bulan shawal ini. Ada yang terpaksa mengambil cuti dari bekerja kerana menguruskan hal tersebut.
Betapa riuh-rendahnya suasana didalam rumah ketika berhari-raya. Perbualan... senyuman manis dan ucapan kata2 yang baik sering terhambur dari bibir2 yang mesra. Airmata dan tangisan juga tidak terlepas menghiasi suasana ketika bermaaf-maafan.....
Itulah keindahannya bentuk kehidupan yang dilalui didalam bulan hari-raya ini... buat sesiapa yang dapat merenung kehalusannya.
Kehalusan dan keindahan bersiratrul rahim.
Kehalusan dan kemurnian saling maaf bermaafan.
Kehalusan dan kebesaran Tuhan yang mencipta makhluknya!
Aku melihat itu semua dengan pandangan yang jernih dan hening lagi indah.
Alangkah pantasnya masa berlalu....
Selamat Hari Raya
11.14.04 (2:49 am) [edit] Maka tibalah ...
Shawal menjelma..... Ramadhan pun pulang.
Suka kerana menyambut hari lebaran. Duka kerana.. perginya bulan yang penuh rahmat lagi diberkati.
Begitulah halnya perjalanan hidup ini. Ada yang datang dan ada yang pergi. Buat yang mempunyai kelebihan, tentunya akan merasa gembira. Sementara yang kekurangan... biasanya akan merasa duka. Itulah warna-warna kehidupan. Apapun keadaan yang berlaku ... yang pastinya... masa tetap berjalan terus!... semalam, hari ini dan esok....
Disini... aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan.. selamat hari raya... maaf dzahir dan bathin kepada semua umat islam. Dengan hati yang terbuka.. aku mengaku bahawa.. aku cuma seorang manusia biasa yang maseh banyak kelemahan dan kesilapan.
Buat yang mengenali diriku.. aku doakan.. semoga selamat sejahtera... dimana pun mereka berada.
Sehingga bertemu dilain masa.... Salaam.
Selamat datang...
11.06.04 (4:05 pm) [edit] Hari-hari dan malam2 yang terakhir dibulan ramadhan.... telah memberi aku semacam kesedaran! Pandangan mata ini bertambah sejuk. Fikiran ini bertambah jelas, terang dan lapang.....
Aku melihat ramai orang berpusu-pusu, beribadah dimesjid. Aku melihat ramai orang bergegas2 membeli-belah untuk bersiap sedia membuat persiapan menyambut hari-raya.
Alangkah indahnya pemandangan itu!
Aku lihat ramai yang tesenyum-senyum berbual dengan teman masing2. Aku lihat ramai yang berinteraksi diantara satu sama lain. Samaada ditempat membeli-belah, dikedai2 makan sementara menantikan waktu berbuka puasa.... dan berbagai2 lagi.
Mereka saling beramah-tamah, rancak berbual tentang satu2 perkara. Barangkali berbual tentang hari esok dan perkara2 yang bakal mereka hadapi.
Aku mula melihat sesuatu.... disebalik itu semua!
Aku nampak dan mulai mengerti.... Ada pelajaran dan keindahan disebalik itu semua. Pelajaran yang selama ini, seakan-akan telah ku mengerti!... Padahal yang sebenarnya.... tidak sama sekali!
Alangkah indahnya apa yang aku nampak dan perhatikan itu....
Aku nampak manusia itu semua sedang melalui satu perjalanan dan perbuatan harian yang dipanggil... SEDANG BERKAWAN !!!
Alangkah indahnya... manusia berkawan! Alangkah indahnya... manusia berhubung diantara satu sama lain. Alangkah indahnya melihat manusia2 berkumpul kerana tujuan bersahabat dan berkawan! Alangkahkah manisnya melihat manusia2 yang berbagi-bagai perangai dan watak itu... yang berhubung diantara satu dengan yang lain kerana berniat hendak berkawan.
Aku terfikirkan sesuatu...
Selama ini,... aku memang hidup berkawan. Selama ini.. aku memang berinteraksi dengan orang lain. Aku juga telah cuba memperbaiki kelakuanku dikhalayak ramai. Aku telah mencuba berbagai2 perkara didalam hidupku. Mencuba mengejar impian dan cita2 hidupku. Telah beusha kuat untuk meningkatkan lagi keuanganku. Cuba mendapatkan kehidupan yang bahagia dan harmonis dan.....
Aku juga ada memberi nasihat dan pandangan ku kepada orang lain.
Aku juga pernah menerima nasihat dan pandangan orang lain terhadap diri ku......
Soalannya ialah...
Adakah ini kerana memang usha diri ini yang ingin berkawan?.... Atau..Sememangnya tujuan dan cita-cita diri ini ingin berusha menambahkan kawan didalam hidupku ini?
Aku merenung lagi.... dan menyoal diriku sendiri!
Adakah selama ini... aku sememangnya bertujuan berusha mencari dan menambahkan kawan dalam hidupku? Adakah tajuk berusha meramaikan kawan itu telah menjadi salah satu slogan dan cita-cita didalam hidup ini? Bila ku renungkan sehalus2nya... aku mula sedar bahawa selama ini.. perkara itu.. sudah pun menjadi perkara yang kelapan! Ia bukan slogan hidupku!
Aku mula sedar.. selama ini.. aku telah melawan arus kehidupan tanpa ku sedari dengan secara tidak sengaja!
Arus kehidupan yang terang2 menunjukkan bahawa.... hidup ini mesti berkawan!... Hidup ini mesti berusha memperbanyakkan kawan!.... Berusha untuk mempunyai ramai kawan adalah penting sekali dan itu adalah salah satu slogan hidup! Hidup ini... tidak sekali-kali boleh memandang remeh tentang perkara itu!.... Kerana.. perkara itulah yang ku lihat hari-hari yang berlaku disekeliling ku!
Apalah gunanya banyak harta.. tetapi tidak mempunyai ramai kawan?
Apalah gunanya banyak ilmu...kalau tidak mempunyai ramai kawan?
Apalah ertinya baik akhlak...jikalau tidak mempunyai ramai sahabat dan kawan? Apalah maknanya mempunyai kedudukan dan pangkat.... tetapi tidak mempunyai ramai kawan? Bukankah itu akan mengakibatkan kesunyian?....... Bukankah harta, ilmu, akhlak, pangkat adalah satu alat sahaja untuk digunakan kearah tujuan ramai berkawan?Bukankah itu yang ku lihat hari demi hari yang berlaku disekeliling ku? .....
Alangkah indahnya dan lapangnya hidup ini...... kalau mempunyai ramai sahabat dan kawan! Alangkah indahnya... berusha dalam hidup ini untuk mempunyai ramai sahabat dan kawan....
Aku terus tersenyum... dan terus merenung....
Aku sedang mencari
10.30.04 (2:07 pm) [edit] & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ;Mencari tulisan yang indah lagi menyejukkan hati & nbsp;
Aku sering melawat dan membaca berbagai2 tulisan dan pendapat yang telah ditulis oleh para2 penulis ( melayu ) yang menulis didalam ruang tblog ini dan juga ruang2 blog yang lain. Aku dapati berbagai2 jenis corak dan gaya penulisan. Ada yang memberikan pendapat mereka tentang sesuatu perkara. Ada pula yang cuba menyampaikan informa si tentang agama.Kebanyakkannya ku dapati menulis dengan cara yang baik2 dan cuba menggalakkan pembaca kepada kebaikkan.
Aku termenung....dan terkenang....
Fikiranku melayang jauh...
Manusia memang berbagai ragam dan berbagai pandangan. Lain orang..lain pula seleranya.
Aku terfikirkan tentang diriku...
Aku...sampai hari ini..maseh mencari tulisan2 manusia yang indah yang menulis tentang keindahan.. secara perosa.
Tulisan yang mudah difa hami oleh orang2 biasa...seperti diriku. Tulisan yang dapat membawa diriku kepada keindahan alam dan keindahan agama ku. Tulisan yang dapat membawaku kepada keindahan Pencipta dan ciptaannya.
Tulisan2 yang menyejukkan perasaan hati apabila dibaca. Tulisan2 yang dapat melembutkan hati2 yang keras. Tulisan yang dapat melentur dan menundukkan hati yang degil dan buta kepada keindahan hidup dan budi-bicara. Tulisan2 yang membuat sipembaca merasa indah dan ceria untuk terus hidup dengan semangat membina yang berguna. Tulisan2 yang membangunkan jiwa manusia....Jiwa yang membangun bersemangat penuh gembira dan ceria... untuk meneruskan liku2 hidup yang penuh dengan duka dan tangis ini.
Aku maseh mencari tulisan2 dari tangan seorang manusia yang sebegini!
Aku rindukan tulisan2 sebegini!
Aaaahhh....lain orang lain selera.
& nbsp; &n bsp; &nb sp;
Aku tertarik
10.29.04 (8:45 pm) [edit]Selain dari menulis, aku juga amat suka membaca.
Terlalu banyak buku2 yang telah ku baca. Ada yang ku ingat dan ada juga yang telah aku lupa.Membaca buku2 telah memberi aku banyak idea dan bahan buat menulis. Diantara buku2 yang amat aku tertarik ialah, buku2 yang menceritakan kesah2 tokoh-tokoh dunia yang mashur. Buku2 begini, selalunya memberi insirasi dan semangat kepada diriku.
Setiap kali aku merasa lemah dan sedih, aku akan membaca buku2 sebegini. Aku seolah2..seperti mendapat satu kekuatan dan tenaga..selepas membaca buku2 begini.
Teringatkan kesah2 hidup tokoh2 tersebut.. seolah-olah membawa aku kezaman mereka..!!! Aku seolah-olah dapat membayangkan pengalaman2 yang ditempuh oleh mereka didalam hidup mereka.
Aku teringatkan kesah sejarah hidup nabi Muhammad s.a.w., dan perjuangan hidupnya! Aku amat sekali kagum dengan beliau! Begitu juga dengan para2 rasul yang lainnya.
Kalau hendak disebutkan nama2 tokoh2 yang lain lagi..satu persatu amatlah terlalu banyak sekali. Kesemuanya amat mengkagumkan!
Aku cuba bayangkan..bagaimankah keadaan hidup mereka? keadaan keluarga mereka? Bagaimana tentang keuangan dan periok nasi mereka? Bagaimana pula tentang kerjaya mereka? Tidakkah mereka mempunyai keinginan untuk senang-bahagia menikmati kemudahan dalam hidup mereka sepeti zaman ini? Tidakkah mereka memikirkan masa depan anak2 mereka, sebagaimana yang aku selalu fikirkan dizaman ini?
Aku juga sedar..bahawa mereka semuanya adalah manusia jua. Manusia seperti aku yang mempunyai perasaan dan keinginan...
Yang menghairankan aku ialah..memgapa aku tidak seperti mereka? Mengapa hidupku, semangatku, jiwaku, perjuangan laluan jalan hidupku..tidak seiris pun seperti mereka? Adakah ini kerana faktor zaman yang telah berubah dan berbedza? Aku melihat perjalanan hidupku...berjalan hari demi hari... sama sahaja..melakukan perkara2 routine!...
Aku terus berfikir...
Apa nak Tulis?
10.25.04 (12:58 pm) [edit]Aku teringat satu kesah masa lampau...
Ada seorang kawanku bertanya pada ku,
apa yang patut dia tulis?
Ketika itu kami sedang giat menulis. Aku dan dia telah menganggotai sebuah kelab menulis disingapura.Kami telah bertemu disitu dan mempunyai ramai kawan2 yang turut sama2 berminat didalam dunia penulisan.Setiap dua-sabtu petang kami berkumpul dan berbincang sambil menambahkan pengetahuan dalam bidang seni penulisan.
Kenangan lampau itu maseh mengusik fikiran ini....
Aku telah memberi pendapatku..
..kau tulis apa-apa sajalah!... yang penting ialah menulis!...engkau jangan kira apa orang lain fikir tentang tulisan engkau!..mereka berhak komen dan engkau berhak menulis!..- TAPI-,..Kata kawanku itu yang maseh lagi ragu2...
Aku merenung kawanku itu sambil menjawab-
-begini ajalah man..aku tahu engkau orang baik2, dan aku juga tahu semua kawan2 kita orang baik2...mereka semua dan kita adalah orang baik2 yang mempunyai sedikit cita2 dan keikhlasan. Samaada tulisan kita dinilai oleh masyarakat atau tidak itu adalah satu perkara yang lain...
Itu adalah kenangan masa lalu dalam hidupku yang telah luput ditelan zaman... Bertahun2 lamanya kami tidak bertemu muka. Masing2 sibuk menghilang ditelan arus keperluan kehidupan!
Nah...setelah begitu lama terlalai..aku mula sedar kembali. Bertemu dengan blog..telah membangkitkan kembali selera menulisku....
Wahai..kawan2 baru yang aku tidak kenal..yang telah lama menulis di blog ini..ULEEMANIEZ, ZIEMASH, HAYATI, ZAHRAH, SAAD dan lain2...ku ucapkan selamat berkenalan..dan tulislah..terus sahaja menulis..walaupun kekeringan ilham, walaupun tidak indah tulisan mu, walaupun ..???? Kerana aku percaya...kita semua maseh ada mempunyai sekeping hati yang murni!.....
Solat malam di bulan mulia.
10.24.04 (4:37 pm) [edit]Seperti biasa setiap malam aku ke mesjid untuk menunaikan solat sunnat malam. Selepas solat,aku duduk berehat sebentar, sambil memerhatikan keadaan dan orang2 disekeliling ku. Aku lihat maseh ramai yang duduk2 seperti diriku. Ada yang berzikir...membaca al Quran...dan ada juga yang duduk diam sambil menutup mata. Sementara yang lain pula sibuk berbual dengan teman masing2,..dengan suara yang agak sederhana.
Disudut fikiranku, aku terfikir...
Aku terfikir tentang keadaan mereka di bulan puasa ini. Siang hari mereka berkerja mencari rezeki..sementara dimalam hari mereka menunaikkan solat sunnat malam. Aku bertanya kepada diriku? Adakah mereka sebenar2nya mempunyai semangat berugama dan iman yang kental?... mereka nampaknya sanggup bersusah2 diri beribadat?...
Atau keadaan hidup mereka memainkan peranan membantu mereka untuk mudah beribadat? Atau barangkali mereka mempunyai pekerjaan yang ringan..yang tidak banyak menggunakkan tenaga!...atau mereka sama sahaja seperti aku..terpaksa memaksakan diri untuk kuatkan iman dengan cara beribadat!
Aku terus berfikir....
Dizaman moden ini...disingapura ini..
Dimana tempat yang penuh dugaan hidup berlomba2 mengejar harta dan kemajuan hidup...
Maseh adakah manusia2 disini...yang sebenar2nya mengejar keredaan illahi...yang sebenar2nya hidup kerana Tuhannya?...yang sesungguh2nya mempunyai hati-budi yang luhur mengharapkan wajah Tuhannya?....atau itu satu laluan hidup beragama yang harus mereka lalui didalam hidup mereka?
Aku terus berfikir...
Bagaimana pula dengan diriku???.....
Orang Baru..
10.23.04 (11:06 am) [edit]Sememangnya, aku bukanlah tahu sangat pasal Blog. Soal bagaimana hendak menghias dan mencantikkan wajah blog ku ini... tidak sedkit pun aku tahu! Yang ada hanyalah sedikit kemahuan dan semangat untuk menulis dan meluahkan perasaan yang terbuka didalam dada ini, tentang kehidupan yang aku lalui......
Kadang2 ada juga keinginan untuk bertanya kepada orang lain tentang bagaimana hendak mengurus blog ini. ..... tetapi, ada pula perasan segan dan malu.
Aku telah dibesarkan didalam alam persekolahan melayu. Bahasa inggerisku amat lemah sekali. Untuk memahami apa yang diarahkan oleh tBlog buat menangani blog ku ini,..... aku pun tidak berapa faham bahasa erti-makna yang dimaksudkan.
Tetapi itu tidak mengapa, asalkan aku maseh dapat menulis buat menghilangkan stress sudah cukup buat ku.
Tidak seorang pun ahli keluargaku atau kawan2ku yang tahu bahawa aku sering menulis didalam tBlog ku ini. Aku seolah2... seperti didalam satu ruang dan alamku sendiri.... jauh daripada hiruk-pikuk hidupan harian, dimana disinilah aku dapat menjerit sekuat2 hatiku....Sebabnya adalah mudah!..... didunia luar sana... aku terpaksa bermuka2 dan menjaga adab kelakuanku semata2 untuk tidak mahu menguris hati orang lain!
Haaaaaaii.... Entahlah.... Mengapa mesti begitu jadinya?
Panas Betul !
10.16.04 (10:15 am) [edit]
& nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp;
Hari ini cuaca amat panas. Badanku terasa penat dan leteh sekali. Semasa dalam perjalanan pulang kerumah, aku sempat singgah dikedai untuk membeli sedikit barang keperluanku. Waaah! Hati ini menjadi panas! Apakan tidak? Harga barang semakin mahal!
Aku cuba tenangkan diriku. Sambil menarik nafas panjang,otak ini ligat berfikir. Apa nak jadi agaknya negeri ini? Apa nak jadi agaknya orang2 zaman ini? Harga barang2 keperluan semakin mahal. Beban pekerjaan ditempat kerja semakin bertambah. Kita pula disuruh bekerja semau-maunya seumpama saekor lembu. Silap sedikit, akan dibuang dan diberhentikan kerja! Soal kenaikkan gaji tidak sekali2 diambil kira, dengan memberi seribu alasan. Memang teruk betul sistem negeri ini dan orang2nya.Sudah tidak mengenal hati-budi lagi! Nilai budi dan kemanusian sudah tidak menjadi begitu penting lagi. Yang penting hanyalah soal kekayaan. Soal kejayaan,soal bagaimana boleh untung lebeh. Soal bagaimana boleh menyelamatkan diri sendiri dan kepentingan sendiri.Apa peduli dengan orang lain! Tanpa disedari, kita telah diajar berpura2. Depan orang lain tunjuk muka baik. Didalam fikiran dan hati lain pula ceritanya.
Aku mengeluh dan menghembuskan nafas panjang.
Dengan langkah berat aku berjalan pulang.........
Banyak Belanja
10.15.04 (1:13 pm) [edit] & nbsp; &n bsp; MONEY ARE FUNNY
Itulah yang pernah dikatakan oleh seorang kenalan dari luar negeriku yang pernah datang kesingapura. Sambil tersenyum melihatku seolah2 cuba mengajak berbual dari hati ke hati.
Aku hanya tersengeh sahaja. ketika itu, kami sedang berbual2 disatu majlis perkahwinan sambil menjamu selera nasi beryani berlaukkan ayam gulai dan lain2 lauk lagi.
Didalam hati, terfikir juga.... Terasa resah dan sedikit tidak berdaya.
Kemudian, aku mengeluh nafas panjang sambil berkata, .... Well. that's life! .. Monday to Sunday, Sunday to Monday, till the end of the days.
Kami tersenyum bersama.
Hari semakin larut, dan kemudian kami pulang......
Sudah Tiba
10.14.04 (3:31 pm) [edit]Bulan ramadhan sudah tiba,
Bulan puasa sudah tiba, Ada orang kata, bulan yang puasa, orang belum tentu. Zaman moden ini, adalah zaman yang mencabar, zaman berlumba2 mengejar kemajuan. Tentu sekali banyak menggunakan tenaga otak dan tenaga tubuh badan. Soalan yang datang pada diri ialah, ..... boleh puasa kee? Tidak leteh atau stress kee?
Aku hanya tersenyum.... Tepuk dada tanya selera. Perlukah soalan itu diberi jawapan? Orang zaman sekarang.... bermacam2 ragam! Lain dimulut, lain dihati. Pengalaman hidup telah mengajar kita. Kata orang tua2, jauh perjalanan luas pandangan.
Orang ZAMAN sekarang, cerdik pandai, ligat bergerak.
Orang ZAMAN sekarang....... berhati-budi kee?